Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 7 Persatuan Alumni UiTM Perlis
Mesyuarat Agung Tahunan tahun ini telah berlangsung pada Sabtu, 28 Oktober 2017, 3 petang di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Kg Janda Baik, Bentong, Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Prof Dr Zaini Abdullah, Timbalan Naib Cancelor (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) - UiTM.
Majlis turut menyaksikan pemilihan baru bagi Ahli Jawatakuasa sessi 2017 - 2019. Ahmad Shamsul Baharin bin Mohd Hanafiah telah dipilih menjadi Pengerusi Persatuan yang baru menggantikan Tuan Hj Abd Latiff bin Mohd Tahir yang tidak bertanding semula tahun ini.